Kelebihan malam al-Raghaib

TEKS BAHASA ARAB

فضل ليلة الرغائب واجتماع الملائكة مع طوله وصوم أو دعاء وصلاة اثنتي عشرة ركعة بعد المغرب مع الكيفية المشهورة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan malam al-Raghaib dan berkumpulnya malaikat sepanjang malam tersebut. Adanya amalan berpuasa atau berdoa dan solat sebanyak dua belas rakaat selepas maghrib dengan cara-cara yang khusus.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وصلاة الرغائب موضوع بالاتفاق، في اللآلئ «فضل ليلة الرغائب واجتماع الملائكة مع طوله وصوم أو دعاء وصلاة اثنتي عشرة ركعة بعد المغرب مع الكيفية المشهورة موضوع رجاله مجهولون قال شيخنا وفتشت جميع الكتب فلم أجدهم، وفي شرح مسلم للنووي احتج العلماء على كراهة صلاة الرغائب بحديث لا تختصوا ليلة الجمعة بقيام ولا تختصوا يوم الجمعة بصيام. فإنها بدعة منكرة من بدع الضلالة والجهالة وفيها منكرات ظاهرة قاتل الله واضعها ومخترعها، وقد صنف الأئمة مصنفات نفيسة في تقبيحها وتضليل مصليها ومبدعيها ودلائل قبحها أكثر من أن تحصى، وفي جامع الأصول قال بعد ما ذكر صلاة الرغائب مع الكيفية المعروفة واستجابة الدعاء بعدها هذا الحديث مما وجدته في كتاب رزين ولم أجده في واحد من الكتب الستة والحديث مطعون فيه، وفي تذكرة الآثام أن بعض المالكية مر بقوم يصلون الرغائب وقوم عاكفين على محرم فحسن حالهم على المصلين لأنهم يعلمون أنهم في معصية فلعلهم يتوبون وهؤلاء يزعمون أنهم في عبادة، وفي رسالة السماع للمقدسي اعلم أن للشيخ ابن الصلاح اختيارات أنكرت عليه منها اختياره صلاة الرغائب واحتجاجه عليه، وفي بعض الرسائل قال علي بن إبراهيم حدثت صلاة الرغائب بعد المائة الرابعة والثمانين سنة ولا مزية لهذه الليلة عن غيرها واتخاذها موسما وزيادة الوقود فيها بدعة مما يترتب عليه من اللعب في المساجد وغيرها حرام والانفاق فيها والأكل من الحلوى [أو: الحلواء] وغيرها فيها وأحاديث فضلها وفضل صلاتها كلها موضوعة بالاتفاق، وقد جرت مناظرات طويلة في أزمنة طويلة بين الأئمة وأبطلت فلله الحمد.

Ulama bersepakat bahawa hadith berkenaan solat al-Raghaib adalah palsu. Di dalam kitab al-La’ali ada menyebut:
“Kelebihan malam al-Raghaib dan berkumpulnya malaikat sepanjang malam tersebut. Adanya amalan berpuasa atau berdoa dan solat sebanyak dua belas rakaat selepas maghrib dengan cara-cara yang khusus.”
Ia adalah palsu. Kesemua perawinya adalah perawi yang majhul. Guru kami berkata: Aku telah mencari hadith tersebut di dalam semua kitab namun aku tidak menemuinya. Di dalam Syarah terhadap Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi menyebut: Para Ulama mengharamkan solat al-Raghaib dengan berhujahkan hadith:
“Jangan kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan bangun malam dan jangan juga mengkhususkan hari Jumaat dengan amalan puasa.”
Ini kerana Ia adalah satu bid’ah yang sangat ditegah dan Ia termasuk di dalam bid’ah yang menyesatkan. Ia juga muncul disebabkan oleh kejahilan. Bahkan di dalamnya terdapat banyak kemungkaran. Moga Allah memerangi orang yang merekanya.
Para imam telah menulis banyak karya tentang celaan orang yang melakukan solat al-Raghaib, juga celaan terhadap orang yang menciptanya dan dalil-dalilnya. Ia terlalu banyak untuk dihitung.
Di dalam kitab Jami’ al-Usul, selepas menyebut tentang solat al-Raghaib bersama cara khusus untuk menunaikannya dan terkabulnya doa selepas melakukan solat tersebut, pengarang kitab tersebut berkata: Hadith ini aku temui dalam kitab Razin namun aku tidak temui hadith tersebut dalam al-Kutub al-Sittah dan hadith tersebut dikritik teruk. Di dalam kitab Tazkirat al-Anam menyebut: Sebahagian ulama bermazhab Maliki lalu di kawasan satu golongan yang menunaikan solat al-Raghaib dan mereka juga lalu di kawasan satu golongan yang berhenti melakukan perkara yang haram. Keadaan mereka lebih baik daripada orang melakukan solat al-Raghaib kerana mereka mengetahui mereka telah melakukan maksiat dan moga-moga mereka bertaubat. Golongan yang satu lagi mendakwa mereka sedang melakukan ibadah (sedangkan tidak).
Di dalam kitab Risalah al-Sama’ yang dikarang oleh al-Maqdisi: Ketahuilah bahawa Sheikh Ibn al-Salah mempunyai beberapa pandangan yang dikritik. Antaranya, beliau menerima adanya solat al-Raghaib dan beliau mendatangkan hujah-hujah beliau. Di dalam sebahagian risalah, Ali Bin Ibrahim berkata: Solat al-Raghaib diriwayatkan selepas tahun 480. Malam tersebut tiada bezanya dengan malam yang lain dan menjadikan malam tersebut sebagai musim ibadah adalah satu bida’ah. Yang mana antara amalan yang terdapat pada malam tersebut adalah bermain di masjid atau mana-mana tempat adalah haram. Perlu berinfak dan makan manisan. Kesemua hadith berkenaan kelebihan malam tersebut dan kelebihan menunaikan solat pada malam tersebut adalah palsu yang disepakati oleh para ulama. Telah berlaku satu perdebatan yang panjang sepanjang zaman di antara para imam dan ia telah diberhentikan. Segala puji bagi Allah yang telah memberhentikan perkara tersebut.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs