Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَضْلُ لَيْلَةِ الرَّغَائِبِ وَاجْتِمَاعِ الْمَلائِكَةِ مَعَ طُولِهِ وَصَوْمٍ أَوْ دُعَاءٍ وَصَلاةِ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَعْدَ الْمَغْرِبِ مَعَ الْكَيْفِيَّةِ الْمَشْهُورَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan malam al-Raghaib dan berkumpulnya malaikat sepanjang malam tersebut. Adanya amalan berpuasa atau berdoa dan solat sebanyak dua belas rakaat selepas maghrib dengan cara-cara yang khusus.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ulama bersepakat bahawa hadith berkenaan solat al-Raghaib adalah palsu. Di dalam kitab al-La’ali ada menyebut: “Kelebihan malam al-Raghaib dan berkumpulnya malaikat sepanjang malam tersebut. Adanya amalan berpuasa atau berdoa dan solat sebanyak dua belas rakaat selepas maghrib dengan cara-cara yang khusus.” Ia adalah palsu. Kesemua perawinya adalah perawi yang majhul. Guru kami berkata: Aku telah mencari hadith tersebut di dalam semua kitab namun aku tidak menemuinya. Di dalam Syarah terhadap Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi menyebut: Para Ulama mengharamkan solat al-Raghaib dengan berhujahkan hadith: “Jangan kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan bangun malam dan jangan juga mengkhususkan hari Jumaat dengan amalan puasa.” Ini kerana Ia adalah satu bid’ah yang sangat ditegah dan Ia termasuk di dalam bid’ah yang menyesatkan. Ia juga muncul disebabkan oleh kejahilan. Bahkan di dalamnya terdapat banyak kemungkaran. Moga Allah memerangi orang yang merekanya. Para imam telah menulis banyak karya tentang celaan orang yang melakukan solat al-Raghaib, juga celaan terhadap orang yang menciptanya dan dalil-dalilnya. Ia terlalu banyak untuk dihitung. Di dalam kitab Jami’ al-Usul, selepas menyebut tentang solat al-Raghaib bersama cara khusus untuk menunaikannya dan terkabulnya doa selepas melakukan solat tersebut, pengarang kitab tersebut berkata: Hadith ini aku temui dalam kitab Razin namun aku tidak temui hadith tersebut dalam al-Kutub al-Sittah dan hadith tersebut dikritik teruk. Di dalam kitab Tazkirat al-Anam menyebut: Sebahagian ulama bermazhab Maliki lalu di kawasan satu golongan yang menunaikan solat al-Raghaib dan mereka juga lalu di kawasan satu golongan yang berhenti melakukan perkara yang haram. Keadaan mereka lebih baik daripada orang melakukan solat al-Raghaib kerana mereka mengetahui mereka telah melakukan maksiat dan moga-moga mereka bertaubat. Golongan yang satu lagi mendakwa mereka sedang melakukan ibadah (sedangkan tidak). Di dalam kitab Risalah al-Sama’ yang dikarang oleh al-Maqdisi: Ketahuilah bahawa Sheikh Ibn al-Salah mempunyai beberapa pandangan yang dikritik. Antaranya, beliau menerima adanya solat al-Raghaib dan beliau mendatangkan hujah-hujah beliau. Di dalam sebahagian risalah, Ali Bin Ibrahim berkata: Solat al-Raghaib diriwayatkan selepas tahun 480. Malam tersebut tiada bezanya dengan malam yang lain dan menjadikan malam tersebut sebagai musim ibadah adalah satu bida’ah. Yang mana antara amalan yang terdapat pada malam tersebut adalah bermain di masjid atau mana-mana tempat adalah haram. Perlu berinfak dan makan manisan. Kesemua hadith berkenaan kelebihan malam tersebut dan kelebihan menunaikan solat pada malam tersebut adalah palsu yang disepakati oleh para ulama. Telah berlaku satu perdebatan yang panjang sepanjang zaman di antara para imam dan ia telah diberhentikan. Segala puji bagi Allah yang telah memberhentikan perkara tersebut.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman