Munkar
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أراد ان يَقْوى على الصيام؛ فليتسحر، ولْيُقِلَّ، ويشم طيباً ولا يُفطر على ماء.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang ingin lebih bertenaga ketika berpuasa, maka bangunlah pada waktu sahur dan makanlah dengan jumlah sedikit, dan hidulah wangian, dan janganlah mulai berbuka puasa dengan meminum air.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1639, hadis no. 8290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من أراد ان يَقْوى على الصيام؛ فليتسحر، ولْيُقِلَّ، ويشم طيباً ولا يُفطر على ماء)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (6207)]
(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang ingin lebih bertenaga ketika berpuasa, maka bangunlah pada waktu sahur dan makanlah dengan jumlah sedikit, dan hidulah wangian, dan janganlah mulai berbuka puasa dengan meminum air.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6207].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman