Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أعرِبوا القرآنَ، فإن مَن قرأ القرآنَ، فأعرَبَه، فله بكلِّ حَرفٍ عشرُ حسَناتٍ، وكفَّارةُ عشرِ سيئاتٍ، ورفعُ عشرِ درجاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
I'rablah (Fahamilah) al-Qur'an kerana sesiapa yang membaca al-Qur'an dengan memahaminya, maka dia mendapat 10 (pahala) kebaikan bagi setiap huruf, menghapuskan 10 keburukan (dosa) dan mengangkat 10 darjat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1430, hadis no. 7264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود رضي الله عنه مرغوعا: أعربوا القرآن؛ فإن من قرأ القرآن، فأعربه، فله بكل حرف عشر حسنات، وكفارة عشر سيئات، ورفع عشر درجات. [طس، ((الضعيفة)) (2348)]
(Palsu) Daripada Ibn Mas'ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): I'rablah (Fahamilah) al-Qur'an kerana sesiapa yang membaca al-Qur'an dengan memahaminya, maka dia mendapat 10 (pahala) kebaikan bagi setiap huruf, menghapuskan 10 keburukan (dosa) dan mengangkat 10 darjat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2348]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman