TEKS BAHASA ARAB
فضل الجمعة في رمضان على سائر أيامه كفضل رمضان على سائر الشهور.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kelebihan hari Jumaat di bulan Ramadan berbanding hari yang lain adalah seperti kelebihan Ramadan berbanding semua bulan yang lain.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1142, hadis nombor 5772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن البراء بن عازب وجابر رضي الله عنهما مرفوعا: فضل الجمعة في رمضان على سائر أيامه كفضل رمضان على سائر الشهور. [الأصبهاني، الضياء في الأحاديث والحكايات، فر، الضعيفة (4003)]
(Palsu) Daripada al-Bara bin ‘Azib dan Jabir RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan hari Jumaat di bulan Ramadan berbanding hari yang lain adalah seperti kelebihan Ramadan berbanding semua bulan yang lain. [Riwayat al-Asbahani, al-Dhiya dalam al-Ahadith wa al-Hikayat, al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 4003].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.