Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan hari Jumaat di bulan Ramadan berbanding hari yang lain

Teks Bahasa Arab

فَضْلُ الجُمْعَةِ في رمضانَ على سائرِ أَيَامِهِ كفَضْلِ رمضانَ على سائِرِ الشُّهُورِ.

Teks Bahasa Melayu

Kelebihan hari Jumaat di bulan Ramadan berbanding hari yang lain adalah seperti kelebihan Ramadan berbanding semua bulan yang lain.

Sahabat Perawi

  1. al-Bara bin ‘Azib RA
  2. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1142, hadis no. 5772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن البراء بن عازب وجابر رضي الله عنهما مرفوعا: فضل الجمعة في رمضان على سائر أيامه كفضل رمضان على سائر الشهور. [الأصبهاني، الضياء في الأحاديث والحكايات، فر، الضعيفة (4003)]

(Palsu) Daripada al-Bara bin ‘Azib dan Jabir RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan hari Jumaat di bulan Ramadan berbanding hari yang lain adalah seperti kelebihan Ramadan berbanding semua bulan yang lain. [Riwayat al-Asbahani, al-Dhiya dalam al-Ahadith wa al-Hikayat, al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 4003].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.