TEKS BAHASA ARAB
فضل أربع ركعات بالفاتحة والإخلاص خمسين مرة يوم عاشوراء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kelebihan empat rakaat dengan membaca al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas sebanyak lima puluh kali pada hari ‘Asyura.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في اللآلئ فضل أربع ركعات بالفاتحة والإخلاص خمسين مرة يوم عاشوراء موضوع.
Di dalam kitab al-La’ali menyebut:
“Kelebihan empat rakaat dengan membaca al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas sebanyak lima puluh kali pada hari ‘Asyura.”
Ia adalah palsu.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.