Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
آيتانِ هما قُرآنٌ، وهما يَشْفعانِ، وهما مِمَّا يُحِبُّهما اللهُ، الآيتانِ في آخِرِ سورةِ البقرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Dua ayat yang kedua-duanya adalah al-Qur'an, kedua-duanya boleh memberikan syafaat, kedua-duanya antara ayat yang disukai oleh Allah, iaitu dua ayat di akhir surah al-Baqarah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1421, hadis no. 7217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: آيتان هما قرآن، وهما يشفعان، وهما مما يحبهما الله، الآيتان في آخر سورة البقرة. [فر، ((الضعيفة)) (1545)]
(Sangat lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua ayat yang kedua-duanya adalah al-Qur'an, kedua-duanya boleh memberikan syafaat, kedua-duanya antara ayat yang disukai oleh Allah, iaitu dua ayat di akhir surah al-Baqarah. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1545]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman