Kelebihan diantara kelazatan antara seorang wanita dan seorang lelaki dirasa seperti kesan paku pada tanah liat, tidaklah diketahui melainkan Allah menutupnya dengan rasa malu

TEKS BAHASA ARAB

فضل ما بين لذة المرأة ولذة الرجل؛ كأثر المخيط في الطين، إلا أن الله يسترهن بالحياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan diantara kelazatan antara seorang wanita dan seorang lelaki dirasa seperti kesan paku pada tanah liat, tidaklah diketahui melainkan Allah menutupnya dengan rasa malu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 941, hadis nombor 4845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(صعيف جدا)
عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((فضل ما بين لذة المرأة ولذة الرجل؛ كأثر المخيط في الطين، إلا أن الله يسترهن بالحياء)).
[(طس، ((الضعيفة)) (4004)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kelebihan diantara kelazatan antara seorang wanita dan seorang lelaki dirasa seperti kesan paku pada tanah liat, tidaklah diketahui melainkan Allah menutupnya dengan rasa malu.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4004].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs