Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انطَلِقْ إلى السُّوقِ واشْتَرِ له نَعْلاً، ولا تَكُنْ سَوْدَاءَ، واشْتَرِ له خَاتماً، ولْيَكُنْ فَصُّهُ عقيقاً؛ فإنهُ مَنْ تَخَتَّمَ بالعَقِيقِ لم يُقْضَ له إلا الذي هو أَسْعَدُ.
Teks Bahasa Melayu
Berangkatlah kamu ke kedai dan belikanlah dia selipar, jangan berwarna hitam, belikanlah dia cincin, pastikan ia adalah dari batu Akik, kerana sesiapa yang memakai cincin daripada Aqiq tidak ditentukan sesuatu buatnya kecuali perkara yang lebih menyenangkan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 629, hadis no. 3273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Aisyah RA berkata: Datang sebahagian Bani Ja’far kepada Nabi SAW dan berkata: “Dengan ayahku dan ibuku wahai Rasulullah! Bawakan kepadaku orang yang akan membeli bersamaku selipar dan juga cincin." Lalu Nabi SAW memanggil Bilal. Baginda bersabda: “Berangkatlah kamu ke kedai dan belikanlah dia selipar, jangan berwarna hitam, belikanlah dia cincin, pastikan ia adalah dari batu Aqiq, kerana sesiapa yang memakai cincin daripada Akik tidak ditentukan sesuatu buatnya kecuali perkara yang lebih menyenangkan.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5573].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman