Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain

TEKS BAHASA ARAB

حديث: فضل شهر رجب على الشهور، كفضل القرآن على سائر الكلام، وفضل شعبان على الشهور كفضلي على سائر الأنبياء، وفضل شهر رمضان كفضل الله على سائر العباد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan al-Qur’an berbanding kalam-kalam lain. Kelebihan bulan Sya’ban berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan aku berbanding sekalian para Nabi, dan kelebihan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan Allah berbanding hamba-hamba-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 129, hadis nombor 358. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: موضوع.

Ibn Hajar berkata: Palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs