Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَضْلُ شَهْرِ رَجَبٍ عَلَى الشُّهُورِ كَفَضْلِ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الْكَلامِ وَفَضْلُ شَهْرِ شَعْبَانَ عَلَى الشُّهُورِ كَفَضْلِي عَلَى سَائِرِ الأَنْبِيَاءِ وَفَضْلُ شَهْرِ رَمَضَانَ عَلَى الشُّهُورِ كَفَضْلِ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah seperti lebihnya al-Qur'an berbanding kalam-kalam lain. Lebihnya bulan Sha'ban berbanding bulan-bulan lain adalah seperti lebihnya aku berbanding sekalian para Nabi, dan lebihnya bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain adalah seperti lebihnya Allah berbanding hamba-hambaNya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 65, hadis no. 258. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: موضوع.
Ibn Hajar berkata: "Palsu".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman