Kelebihan bertasbih

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما صيد من صيد، ولا قطع من شجر؛ إلا بتضييعه التسبيح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah suatu buruan diburu dan tidaklah satu pohon dipotong melainkan dengan melenyapkan tasbihnya (memutuskan makhluk yang sedang bertasbih).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1427, hadis nombor 7249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ما صيد من صيد، ولا قطع من شجر؛ إلا بتضييعه التسبيح.
[حل، ((الضعيفة)) (1877)].

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah suatu buruan diburu dan tidaklah satu pohon dipotong melainkan dengan melenyapkan tasbihnya (memutuskan makhluk yang sedang bertasbih).
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1877]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.