Kelebihan bertasbih, memuji Allah dan bertahlil sebanyak 100 kali di waktu pagi dan petang

TEKS BAHASA ARAB

من سبح الله مائة بالغداة، ومائة بالعشي، كان كمن حج مائة مرة، ومن حمد الله مائة بالغداة، ومائة بالعشي، كان كمن حمل على مائة فرس في سبيل الله، أو قال: غزا مائة غزوة، ومن هلل الله مائة بالغداة ومائة بالعشي لم يأت في ذلك اليوم أحد بأكثر مما أتى، إلا من قال مثل ما قال، أو زاد على مثل ما قال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bertasbih kepada Allah sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, maka dia seperti orang yang melakukan haji sebanyak 100 kali. Sesiapa yang memuji Allah sebanyak 100 kali ketika pagi dan 100 kali ketika petang, maka dia seperti orang yang duduk atas 100 ekor kuda untuk berjihad pada jalan Allah atau Baginda bersabda: seperti berperang sebanyak 100 peperangan, dan sesiapa yang bertahlil sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, tidak ada seorang pun yang membawakan pada hari tersebut lebih banyak berbanding yang dia bawa kecuali orang yang menyebutkan sebagaimana yang dia sebutkan atau lebih banyak lagi berbanding apa yang dia sebutkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1419, hadis nombor 7208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: من سبح الله مائة بالغداة، ومائة بالعشي، كان كمن حج مائة مرة، ومن حمد الله مائة بالغداة، ومائة بالعشي، كان كمن حمل على مائة فرس في سبيل الله، أو قال: غزا مائة غزوة، ومن هلل الله مائة بالغداة ومائة بالعشي لم يأت في ذلك اليوم أحد بأكثر مما أتى، إلا من قال مثل ما قال، أو زاد على مثل ما قال.
[ت، ((الضعيفة)) (1315)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bertasbih kepada Allah sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, maka dia seperti orang yang melakukan haji sebanyak 100 kali. Sesiapa yang memuji Allah sebanyak 100 kali ketika pagi dan 100 kali ketika petang, maka dia seperti orang yang duduk atas 100 ekor kuda untuk berjihad pada jalan Allah atau Baginda bersabda: seperti berperang sebanyak 100 peperangan, dan sesiapa yang bertahlil sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang, tidak ada seorang pun yang membawakan pada hari tersebut lebih banyak berbanding yang dia bawa kecuali orang yang menyebutkan sebagaimana yang dia sebutkan atau lebih banyak lagi berbanding apa yang dia sebutkan.
[Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1315]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs