Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما صِيدَ من صَيْدٍ، ولا قُطِعَ من شَجَرٍ؛ إلا بتَضْيِيعِهِ التسبيحَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah suatu buruan diburu dan tidaklah satu pohon dipotong melainkan dengan melenyapkan tasbihnya (memutuskan makhluk yang sedang bertasbih).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1427, hadis no. 7249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ما صيد من صيد، ولا قطع من شجر؛ إلا بتضييعه التسبيح. [حل، ((الضعيفة)) (1877)].
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah suatu buruan diburu dan tidaklah satu pohon dipotong melainkan dengan melenyapkan tasbihnya (memutuskan makhluk yang sedang bertasbih). [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1877]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman