TEKS BAHASA ARAB
من صلى علي يوم الجمعة ثمانين مرة غفر الله له ذنوب ثمانين عاما، فقيل له: وكيف الصلاة عليك يا رسول الله؟ قال: تقول: اللهم صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبى الأمي، وتعقد واحدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah mengampunkan dosa-dosanya selama 80 tahun. Dikatakan kepada Baginda: Bagaimana cara berselawat kepadamu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Engkau mengucapkan: Ya Allah! Engkau limpahkanlah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu, Nabi-Mu, dan Rasul-Mu, Nabi yang Ummi (buta huruf), kamu rangkaikan menjadi satu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1404, hadis nombor 7116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من صلى علي يوم الجمعة ثمانين مرة، غفر الله له ذنوب ثمانين عاما. فقيل له: وكيف الصلاة عليك يا رسول الله؟ قال: تقول: اللهم صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبى الأمي، وتعقد واحدا.
[خط، ((الضعيفة)) (215)]
(Palsu)
Daripada Anas RA meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah mengampunkan dosa-dosanya selama 80 tahun. Dikatakan kepada Baginda: Bagaimana cara berselawat kepadamu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Engkau mengucapkan: Ya Allah! Engkau limpahkanlah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu, Nabi-Mu, dan Rasul-Mu, Nabi yang Ummi (buta huruf), kamu rangkaikan menjadi satu.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 215]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.