Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan berselawat dengan seikhlas hati

Teks Bahasa Arab

ما من عبدٍ من أمتي صلى عَلَيَّ صادقًا بها من قِبَلِ نفسِهِ، إلا صلى اللهُ عليه بها عَشْرَ صَلَواتٍ، وكَتَب له بها عَشْرَ حسناتٍ، ومَحَى عنه بها عَشْرَ سيئاتٍ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada seorang pun hamba dalam kalangan umatku yang berselawat kepadaku dengan benar-benar daripada dirinya, melainkan Allah akan balas selawat kepadanya sebanyak 10 selawat dan ditulis untuknya 10 kebaikan serta dihapuskan daripadanya 10 keburukan.

Sahabat Perawi

  1. Umair al-Ansari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1427, hadis no. 7250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمير الأنصاري رضي الله عنه، عن النبي ﷺ: ما من عبد من أمتي صلى علي صادقا بها من قبل نفسه، إلا صلى الله عليه بها عشر صلوات، وكتب له بها عشر حسنات، ومحى عنه بها عشر سيئات. [حل، ((الضعيفة)) (1817)]

(Lemah) Daripada 'Umair al-Ansari RA daripada Nabi SAW: Tidak ada seorang pun hamba dalam kalangan umatku yang berselawat kepadaku dengan benar-benar daripada dirinya, melainkan Allah akan balas selawat kepadanya sebanyak 10 selawat dan ditulis untuknya 10 kebaikan serta dihapuskan daripadanya 10 keburukan. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1817]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.