Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للحاجِّ الراكبِ بكلِّ خُطوةٍ تخطوها راحلتُه سبعينَ حسنةً، والماشي بكلِّ خُطوةٍ يخطوها سَبْعَ مِئَةِ حسنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bagi orang yang menunaikan haji dalam keadaan menaiki kenderaan, dia akan mendapat 70 kebaikan bagi setiap langkahnya, manakala orang yang berjalan akan mendapat 700 kebaikan dalam setiap langkahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 725, hadis no. 3695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن للحاج الراكب بكل خطوة تخطوها راحلته سبعين حسنة، والماشي بكل خطوة يخطوها سبع مئة حسنة. [طب، الضياء، ((الضعيفة)) (496)].
(Daif) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagi orang yang menunaikan haji dalam keadaan menaiki kenderaan, dia akan mendapat 70 kebaikan bagi setiap langkahnya, manakala orang yang berjalan akan mendapat 700 kebaikan dalam setiap langkahnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 496]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman