Kelebihan beristighfar kepada Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

من لزم الاستغفار جعل الله له من كل هم فرجا، ومن كل ضيق مخرجا، ورزقه من حيث لا يحتسب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melazimi istighfar (memohon keampunan), Allah jadikan untuknya bagi setiap keresahan adanya kesenangan, bagi setiap kesempitan adanya jalan keluar dan Allah kurniakan rezeki kepadanya daripada jalan yang tidak dia sangka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1411, hadis nombor 7157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من لزم الاستغفار جعل الله له من كل هم فرجا، ومن كل ضيق مخرجا، ورزقه من حيث لا يحتسب.
[ابن نصر في ((قيام الليل))، طب، ابن عساكر، د، ن في ((عمل اليوم والليلة))، ك، حم، ابن السني، الحسن بن محمد ابن ابراهيم في ((أحاديث منتقاة))، هق، ((الضعيفة)) (705)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melazimi istighfar (memohon keampunan), Allah jadikan untuknya bagi setiap keresahan adanya kesenangan, bagi setiap kesempitan adanya jalan keluar dan Allah kurniakan rezeki kepadanya daripada jalan yang tidak dia sangka.
[Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn 'Asakir, Abu Dawud dalam al-Sunan, al-Nasa'ei dalam 'Amal al-Yawm Wa al-Laylah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam al-Musnad, Ibn al-Sunni, al-Hasan bin Muhammad Ibn Ibrahim dalam Ahadith Muntaqah dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 705]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs