Kelebihan berdoa sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال حين يصبح ثلاث مرات: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، آمنت بك مخلصاً لك ديني. أصبحتُ على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر -وفي لفظ: سيئ – عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت، فإن مات في ذلك اليوم؛ دخل الجنة. وإن قال حين يمسي ثلاث مرات: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، أمسيتُ على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر -وفي لفظ: سيئ – عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت. فيات في تلك الليلة؛ دخل الجنة. ثم كان رسول الله ﷺ يحلف ما لا يحلف على غيره ويقول: والله! ما قالها عبد في يوم حين يصبح ثلاثاً، فيموت في ذلك اليوم إلا دخل الجنة، وإن قالها حين يمسي فتوفي في تلك الليلة؛ دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca doa pada waktu pagi sebanyak tiga kali: ‘Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau Tuhan-Ku dan akulah hamba-Mu, aku beriman kepada-Mu dan berpegang kepada agamaku dengan seikhlasnya. Aku mulakan pagiku di atas perjanjian denganMu selagi mana yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan (lafaz yang lain: keburukan) amalanku. Aku memohon pengampunan-Mu untuk dosa-dosaku yang tiada yang dapat mengampunkannya melainkan Engkau.’ Jika dia mati pada hari tersebut, dia akan masuk syurga. Jika dia membacanya pada waktu petang sebanyak tiga kali: Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau Tuhanku dan akulah hamba-Mu, Aku mulakan petangku di atas perjanjian denganMu selagi mana yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan (lafaz yang lain: keburukan) amalanku, dan aku memohon pengampunan kepada-Mu ke atas segala dosa-dosaku yang tiada yang dapat mengampunkannya melainkan Engkau.’ Jika dia mati pada malam itu maka dia akan masuk syurga. Kemudian Rasulullah SAW bersumpah dengan sumpah yang baginda tidak lakukan pada yang lain dan berkata: Demi Allah! Tidak ada hamba yang membacanya pada suatu hari ketika masuknya waktu pagi sebanyak tiga kali lalu dia mati pada hari tersebut melainkan dia masuk syurga. Dan jika dia membacanya ketika masuk waktu petang dan dimatikan pada malam tersebut, dia juga akan masuk syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 714, hadis nombor 3649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: ((من قال حين يصبح ثلاث مرات: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، آمنت بك مخلصا لك ديني. أصبحت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر -وفي لفظ: سيئ – عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت، فإن مات في ذلك اليوم؛ دخل الجنة. وإن قال حين يمسي ثلاث مرات: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، أمسيتُ على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر -وفي لفظ: سيئ – عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت. فيات في تلك الليلة؛ دخل الجنة. ثم كان رسول الله ﷺ يحلف ما لا يحلف على غيره ويقول: والله! ما قالها عبد في يوم حين يصبح ثلاثاً، فيموت في ذلك اليوم إلا دخل الجنة، وإن قالها حين يمسي فتوفي في تلك الليلة؛ دخل الجنة.
[طب، طس، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6732)].

(Lemah)
Daripada Abi Umamah RA berkata: Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang membaca doa pada waktu pagi sebanyak tiga kali: ‘Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau Tuhan-Ku dan akulah hamba-Mu, aku beriman kepada-Mu dan berpegang kepada agamaku dengan seikhlasnya. Aku mulakan pagiku di atas perjanjian denganMu selagi mana yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan (lafaz yang lain: keburukan) amalanku. Aku memohon pengampunan-Mu untuk dosa-dosaku yang tiada yang dapat mengampunkannya melainkan Engkau.’ Jika dia mati pada hari tersebut, dia akan masuk syurga. Jika dia membacanya pada waktu petang sebanyak tiga kali: Ya Allah! Kepada-Mu segala pujian, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau Tuhanku dan akulah hamba-Mu, Aku mulakan petangku di atas perjanjian denganMu selagi mana yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan (lafaz yang lain: keburukan) amalanku, dan aku memohon pengampunan kepada-Mu ke atas segala dosa-dosaku yang tiada yang dapat mengampunkannya melainkan Engkau.’ Jika dia mati pada malam itu maka dia akan masuk syurga. Kemudian Rasulullah SAW bersumpah dengan sumpah yang baginda tidak lakukan pada yang lain dan berkata: Demi Allah! Tidak ada hamba yang membacanya pada suatu hari ketika masuknya waktu pagi sebanyak tiga kali lalu dia mati pada hari tersebut melainkan dia masuk syurga. Dan jika dia membacanya ketika masuk waktu petang dan dimatikan pada malam tersebut, dia juga akan masuk syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Tabarani dalam Kitab al-Du'a. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6732].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.