Kelebihan bacaan ayat Kursi

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شىء سناما، وسنام القران سورة البقرة، فيها آية سيدة آي القرآن، لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada puncaknya dan puncak bagi al-Qur’an adalah surah al-Baqarah. Di dalamnya terdapat satu ayat yang menjadi penghulu kepada ayat-ayat al-Qur’an, tidaklah dibacakan di dalam sebuah rumah yang dihuni oleh syaitan melainkan ia pasti keluar daripada rumah tersebut, iaitu ayat al-Kursi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1415, hadis nombor 7179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن لكل شىء سناما، وسنام القران سورة البقرة، فيها آية سيدة آي القرآن، لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسى.
[ت، ابن نصر الدين في ((قيام الليل))، ك، عب، الحميدي، عد، ((الضعيفة)) (1348)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada puncaknya dan puncak bagi al-Qur’an adalah surah al-Baqarah. Di dalamnya terdapat satu ayat yang menjadi penghulu kepada ayat-ayat al-Qur’an, tidaklah dibacakan di dalam sebuah rumah yang dihuni oleh syaitan melainkan ia pasti keluar daripada rumah tersebut, iaitu ayat al-Kursi.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, al-Humaidi dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1348]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs