Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لكلِّ شىءٍ سَنَامًا ، و سَنَامُ القران سوره البقره ، فيها آيةٌ سيدةُ آيِ القرآنِ ، لا تُقْرَأُ في بيتٍ فيه شيطانٌ إلا خَرَج منه : آيةُ الكُرْسِىِّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada puncaknya dan puncak bagi al-Qur'an adalah surah al-Baqarah. Di dalamnya terdapat satu ayat yang menjadi penghulu kepada ayat-ayat al-Qur'an, tidaklah dibacakan di dalam sebuah rumah yang dihuni oleh syaitan melainkan ia pasti keluar daripada rumah tersebut, iaitu ayat al-Kursi.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1415, hadis no. 7179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن لكل شىء سناما، وسنام القران سورة البقرة، فيها آية سيدة آي القرآن، لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسى. [ت، ابن نصر الدين في ((قيام الليل))، ك، عب، الحميدي، عد، ((الضعيفة)) (1348)]
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada puncaknya dan puncak bagi al-Qur'an adalah surah al-Baqarah. Di dalamnya terdapat satu ayat yang menjadi penghulu kepada ayat-ayat al-Qur'an, tidaklah dibacakan di dalam sebuah rumah yang dihuni oleh syaitan melainkan ia pasti keluar daripada rumah tersebut, iaitu ayat al-Kursi. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, al-Humaidi dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1348]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman