Kelebihan bacaan al-Qur'an secara melihat (pada mushaf) berbanding orang yang membacanya secara zahir (tanpa melihat mushaf)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فضل قراءة القرآن بنظر على من يقرؤه ظاهرا؛ كفضل الفريضة على النافلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan bacaan al-Qur’an secara melihat (pada mushaf) berbanding orang yang membacanya secara zahir (tanpa melihat mushaf) adalah seperti kelebihan amalan fardu berbanding amalan sunat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1475, hadis nombor 7515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بعض أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((فضل قراءة القرآن بنظر على من يقرؤه ظاهرا؛ كفضل الفريضة على النافلة)). [ أبو عبيد في ((فضائل القرآن))، ((الضعيفة)) (4011)]

(Sangat Lemah)
Daripada sebahagian sahabat Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Kelebihan bacaan al-Qur’an secara melihat (pada mushaf) berbanding orang yang membacanya secara zahir (tanpa melihat mushaf) adalah seperti kelebihan amalan fardu berbanding amalan sunat.
[Riwayat Abu 'Ubaid dalam Fadhail al-Qur'an. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4011]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.