Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan bacaan al-Qur'an secara melihat (pada mushaf) berbanding orang yang membacanya secara zahir (tanpa melihat mushaf)

Teks Bahasa Arab

فضلُ قراءةِ القرآنِ بنظَرٍ على من يَقرؤُه ظاهرًا ؛ كفَضلِ الفريضةِ على النَّافلَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Kelebihan bacaan al-Qur'an secara melihat (pada mushaf) berbanding orang yang membacanya secara zahir (tanpa melihat mushaf) adalah seperti kelebihan amalan fardu berbanding amalan sunat.

Sahabat Perawi

  1. Sebahagian sahabat Rasulullah SAW

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1475, hadis no. 7515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بعض أصحاب رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((فضل قراءة القرآن بنظر على من يقرؤه ظاهرا؛ كفضل الفريضة على النافلة)). [ أبو عبيد في ((فضائل القرآن))، ((الضعيفة)) (4011)]

(Sangat Lemah) Daripada sebahagian sahabat Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Kelebihan bacaan al-Qur'an secara melihat (pada mushaf) berbanding orang yang membacanya secara zahir (tanpa melihat mushaf) adalah seperti kelebihan amalan fardu berbanding amalan sunat. [Riwayat Abu 'Ubaid dalam Fadhail al-Qur'an. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4011]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.