TEKS BAHASA ARAB
فضل حملة القرآن على الذى لم يحمله؛ كفضل الخالق على المخلوق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kelebihan orang yang membawa al-Qur’an (dalam dadanya) berbanding orang yang tidak membawanya adalah seperti kelebihan al-khaliq (Sang Pencipta) berbanding makhluk.
STATUS
Dusta
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis nombor 7111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(كذب)
عن ابن عباس رضي الله عنهما رفعه: فضل حملة القرآن على الذى لم يحمله؛ كفضل الخالق على المخلوق.
[فر، ((الضعيفة)) (396)]
(Dusta)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau telah meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan orang yang membawa al-Qur’an (dalam dadanya) berbanding orang yang tidak membawanya adalah seperti kelebihan al-khaliq (Sang Pencipta) berbanding makhluk.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 396]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.