Dusta
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَضلُ حَملةِ القرآنِ علَى الَّذي لم يحمِلهُ؛ كفَضلِ الخالقِ علَى المخلوقِ.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan orang yang membawa al-Qur'an (dalam dadanya) berbanding orang yang tidak membawanya adalah seperti kelebihan al-khaliq (Sang Pencipta) berbanding makhluk.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Dusta
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis no. 7111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(كذب) عن ابن عباس رضي الله عنهما رفعه: فضل حملة القرآن على الذى لم يحمله؛ كفضل الخالق على المخلوق. [فر، ((الضعيفة)) (396)]
(Dusta) Daripada Ibn 'Abbas RA, beliau telah meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelebihan orang yang membawa al-Qur'an (dalam dadanya) berbanding orang yang tidak membawanya adalah seperti kelebihan al-khaliq (Sang Pencipta) berbanding makhluk. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 396]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman