Kelebihan akan diperoleh apabila engkau menyambung kembali hubungan kekeluargaan

TEKS BAHASA ARAB

الفضل في أن تصل من قطعك وتعطي من حرمك وتعفو عمن ظلمك

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan akan diperoleh apabila engkau menyambung kembali hubungan kekeluargaan yang diputuskan ,memberi kepada orang yang menahan dirinya daripada memberi kepada engkau dan memaafkan orang yang menzalimi engkau.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 896, hadis nombor 4590. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)عن عطاء بن أبي رباح قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الفضل في أن تصل من قطعك، وتعطي من حرمك، وتعفو عمن ظلمك . [وكيع, هناد, الضعيفة 5912]

(Lemah) Daripada Ata’ Bin Abi Rabah, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kelebihan akan diperoleh apabila engkau menyambung kembali hubungan kekeluargaan yang diputuskan ,memberi kepada orang yang menahan dirinya daripada memberi kepada engkau dan memaafkan orang yang menzalimi engkau. [Waki’, Hannad, Al-Dha’ifah, no 5912].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs