Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الفضلُ في أن تصِلَ من قطعَكَ وتُعْطيَ مَن حرمَكَ وتعفوَ عمَّن ظَلمَكَ
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan akan diperoleh apabila engkau menyambung kembali hubungan kekeluargaan yang diputuskan ,memberi kepada orang yang menahan dirinya daripada memberi kepada engkau dan memaafkan orang yang menzalimi engkau.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 896, hadis no. 4590. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)عن عطاء بن أبي رباح قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الفضل في أن تصل من قطعك، وتعطي من حرمك، وتعفو عمن ظلمك . [وكيع, هناد, الضعيفة 5912]
(Lemah) Daripada Ata’ Bin Abi Rabah, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kelebihan akan diperoleh apabila engkau menyambung kembali hubungan kekeluargaan yang diputuskan ,memberi kepada orang yang menahan dirinya daripada memberi kepada engkau dan memaafkan orang yang menzalimi engkau. [Waki’, Hannad, Al-Dha’ifah, no 5912].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman