Kelebihan ‘Aishah berbanding wanita lain adalah seperti lebihnya daerah Tihamah berbanding tempat selain daripadanya

TEKS BAHASA ARAB

فضل عائشة على النساء؛ كفضل تهامة على ما سواها من الأرض، وفضل الثريد على سائر الطعام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan ‘Aishah berbanding wanita lain adalah seperti lebihnya daerah Tihamah berbanding tempat selain daripadanya dan seperti lebihnya tharid (campuran roti dan lauk) berbanding selalian makanan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 405, hadis nombor 2173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعاً: «فضل عائشة على النساء؛ كفضل تهامة على ما سواها من الأرض، وفضل الثريد على سائر الطعام». [فر، «الضعيفة» (4002)].

(Munkar) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kelebihan ‘Aishah berbanding wanita lain adalah seperti lebihnya daerah Tihamah berbanding tempat selain daripadanya dan seperti lebihnya tharid (campuran roti dan lauk) berbanding selalian makanan". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4002].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.