Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فضلُ عائشةَ على النِّساءِ؛ كفَضلِ تِهَامَةَ على ما سِواها من الأرضِ، وفضلِ الثَّريدِ على سائرِ الطَّعامِ.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan ‘Aishah berbanding wanita lain adalah seperti lebihnya daerah Tihamah berbanding tempat selain daripadanya dan seperti lebihnya tharid (campuran roti dan lauk) berbanding selalian makanan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 405, hadis no. 2173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعاً: «فضل عائشة على النساء؛ كفضل تهامة على ما سواها من الأرض، وفضل الثريد على سائر الطعام». [فر، «الضعيفة» (4002)].
(Munkar) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kelebihan ‘Aishah berbanding wanita lain adalah seperti lebihnya daerah Tihamah berbanding tempat selain daripadanya dan seperti lebihnya tharid (campuran roti dan lauk) berbanding selalian makanan". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4002].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman