Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَضْلُ الشابِ العابِدِ الذي تَعْبُدُ في شَبابِه على الشَّيخِ الذي تَعْبُدُ بعدَما كبِرَتْ سِنَّه؛ كفَضْلِ المُرسَلين على سائِرِ النَاسِ، يقول الله للشَابِ المؤمن بقَدَرِي، الراضِي بِكِتابِي، القانِعُ برِزقي، التاركِ شَهوَتِه من أجلي: أنت عندي كبَعضِ ملائكتي، وللشاب التارِكِ لحُرُمَاتِ الله، العاملِ بطاعةِ الله: كلّ يومٍ أجرُ سبعين صديقاً، وفضل الشاب المتعبد على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر النبيين.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan ahli ibadah yang beribadah pada usia mudanya ke atas orang tua yang beribadah setelah tua usianya, sama seperti kelebihan para Rasul ke atas seluruh manusia. Allah berkata kepada pemuda yang beriman dengan Qadar-Ku, reda dengan Kitab-Ku, yang merasa cukup dengan rezeki-Ku, yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku: "Kamu di sisi-Ku seperti sebahagian malaikat-Ku". Dan kepada pemuda yang meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah, beramal dengan ketaatan kepada Allah: Setiap hari pahalanya seperti 70 orang siddiq. Dan kelebihan anak muda yang kuat beribadah ke atas seorang tua yang beribadah setelah usianya tua, sama seperti kelebihan para rasul ke atas seluruh para Nabi.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 74, hadis no. 355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Kelebihan ahli ibadah yang beribadah pada usia mudanya ke atas orang tua yang beribadah setelah tua usianya, sama seperti kelebihan para Rasul ke atas seluruh manusia. Allah berkata kepada pemuda yang beriman dengan Qadar-Ku, reda dengan Kitab-Ku, yang merasa cukup dengan rezeki-Ku, yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku: "Kamu di sisi-Ku seperti sebahagian malaikat-Ku". Dan kepada pemuda yang meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah, beramal dengan ketaatan kepada Allah: Setiap hari pahalanya seperti 70 orang siddiq. Dan kelebihan anak muda yang kuat beribadah ke atas seorang tua yang beribadah setelah usianya tua, sama seperti kelebihan para rasul ke atas seluruh para Nabi.)) [Riwayat Ibn Syahin dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4006].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman