Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فضل الشاب العابد الذي تعبد في شبابه على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر الناس، يقول الله للشاب المؤمن بقدري، الراضي بكتابي، القانع برزقي، التارك شهوته من أجلي: أنت عندي كبعض ملائكتي، وللشاب التارك لحرمات الله، العامل بطاعة الله: كل يوم أجر سبعين صديقاً، وفضل الشاب المتعبد على الشيخ الذي تعبد بعدما كبرت سنه؛ كفضل المرسلين على سائر النبيين
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan ahli ibadah dari kalangan pemuda yang beribadah pada waktu mudanya berbanding orang tua yang beribadah selepas meningkat usianya seperti kelebihan para rasul ke atas seluruh manusia. Berkata Allah kepada pemuda yang beriman dengan qadar-Ku, yang redha dengan kitab-Ku, yang cukup dengan rezeki-Ku, yang meninggalkan syahwatnya disebabkan-Ku: Kamu di sisi-Ku seperti sebahagian malaikat-Ku dan bagi pemuda yang meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah, yang melakukan ketaatan Allah: Setiap hari pahalanya seperti 70 orang siddiq (yang membenarkan) dan kelebihan pemuda ahli ibadah terhadap orang tua ahli ibadah yang beribadah selepas meningkat usianya seperti kelebihan para rasul ke atas para nabi.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1688, hadis no. 8511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Ibn Syahin dan al-Dailami dalam al-Firdaus
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman