Kelebihan Abu Hanifah dan al-Syafie

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كل ما وضعه الكذابون في مناقب أبي حنيفة والشافعي على التنصيص على اسمهما.
وكذا ما وضعه الكذابون في ذمهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua hadith yang direka oleh pendusta yang menyatakan kelebihan Abu Hanifah dan al-Syafie secara jelas menyebutkan nama mereka berdua.

Demikian juga apa yang direka oleh pendusta berkenaan celaan terhadap mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 141, hadis nombor 408. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذب.

Dusta.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.