TEKS BAHASA ARAB
حديث: الجوع كافر، لا يرحم على صاحبه في حاله، وقاتله من أهل الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Kelaparan adalah kafir. Dia tidak mengasihi mereka yang berada dalam keadaan itu. Dan pembanterasnya adalah dari kalangan ahli syurga.
STATUS
Bukan Hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 70, hadis nombor 163. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بحديث.
Bukan hadith.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.