Kelalaian itu pada tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

الغفلة في ثلاث: الغفلة عن ذكر الله، والغفلة عن صلاة الغداة إلى طلوع الشمس، وغفلة الرجل عن نفسه في الدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelalaian itu pada tiga perkara: Lalai dari mengingati Allah, lalai dalam melakukan solat Subuh sehinggalah matahari terbit dan lalainya seorang lelaki itu terhadap dirinya dalam (urusan) beragama.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 287, hadis nombor 1505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنها – مرفوعا: «الغفلة في ثلاث: الغفلة عن ذكر الله، والغفلة عن صلاة الغداة إلى طلوع الشمس، وغفلة الرجل عن نفسه في الدين».
[الفسوي، هب، الأصبهاني، الكلاباذي، في «مفتاح المعاني»، «الضعيفة» (3970)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelalaian itu pada tiga perkara: Lalai dari mengingati Allah, lalai dalam melakukan solat Subuh sehinggalah matahari terbit dan lalainya seorang lelaki itu terhadap dirinya dalam (urusan) beragama.
[Riwayat al-Fisawi, Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi, al-Asbahani, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah Da‘īfah, no. 3970]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs