Kelak kalian akan kembali menemui kepada suatu kaum yang sangat menggemari periwayatan hadis daripadaku

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بكتاب الله، وسترجعون إلى قوم يحبون الحديث عني، فمن قال علي ما لم أقل؛ فليتبوأ مقعده من النار، ومن حفظ عني شيئا؛ فليحدث به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1293, hadis nombor 6618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي موسى الغافقي أنه سمع عقبة بن عامر الجهني يحدث على المنبر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أحاديث، فقال أبو موسى: إن صاحبكم هذا غافل أو هالك، إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان آخر ما عهد إلينا أن قال: عليكم بكتاب الله، وسترجعون إلى قوم يحبون الحديث عني، فمن قال علي ما لم أقل؛ فليتبوأ مقعده من النار، ومن حفظ عني شيئا؛ فليحدث به.
[حم، طب، الدولابي، ابن خزيمة في ((حديث علي بن حجر))، ابن الضريس، ك، البزار، ((الضعيفة)) (٦٤٠٦)].

(Lemah)
Daripada Abu Musa al-Ghafiqi, beliau telah mendengar ‘Uqbah bin Amir al-Juhani meriwayatkan beberapa hadis di atas mimbar daripada Rasulullah SAW. Maka Abu Musa telah berkata: Sesungguhnya teman kalian ini adalah seorang yang cuai atau seorang yang binasa. Sesungguhnya pesanan terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada kami adalah baginda bersabda: Hendaklah kalian sentiasa berpegang teguh dengan Kitab Allah dan kelak kalian akan kembali (menemui) kepada suatu kaum yang sangat menggemari periwayatan hadis daripadaku. Maka siapa yang berkata atas namaku sesuatu yang belum pernah aku katakan, hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya daripada neraka, dan sesiapa yang menghafal suatu hadis daripadaku, hendaklah dia menceritakannya.
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Dulabiy, Ibn Khuzaimah dalam hadith 'Ali bin Hujr, Ibn al-Durais, al-Hakim, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6406].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs