Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلَيْكُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ، وَسَتَرْجِعُونَ إِلَى قَوْمٍ يُحِبُّونَ الْحَديثَ عَنِّي، فَمَن قَالَ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ؛ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ، وَمَنْ حَفِظَ عَنِّي شَيْئًا؛ فَلْيُحَدِّثَ بِه.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian sentiasa berpegang teguh dengan Kitab Allah dan kelak kalian akan kembali (menemui) kepada suatu kaum yang sangat menggemari periwayatan hadis daripadaku. Maka siapa yang berkata atas namaku sesuatu yang belum pernah aku katakan, hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya daripada neraka, dan sesiapa yang menghafal suatu hadis daripadaku, hendaklah dia menceritakannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1293, hadis no. 6618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Musa al-Ghafiqi, beliau telah mendengar 'Uqbah bin Amir al-Juhani meriwayatkan beberapa hadis di atas mimbar daripada Rasulullah SAW. Maka Abu Musa telah berkata: Sesungguhnya teman kalian ini adalah seorang yang cuai atau seorang yang binasa. Sesungguhnya pesanan terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada kami adalah baginda bersabda: Hendaklah kalian sentiasa berpegang teguh dengan Kitab Allah dan kelak kalian akan kembali (menemui) kepada suatu kaum yang sangat menggemari periwayatan hadis daripadaku. Maka siapa yang berkata atas namaku sesuatu yang belum pernah aku katakan, hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya daripada neraka, dan sesiapa yang menghafal suatu hadis daripadaku, hendaklah dia menceritakannya. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Dulabiy, Ibn Khuzaimah dalam hadith 'Ali bin Hujr, Ibn al-Durais, al-Hakim, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6406].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman