Kelak jika aku meninggal, mandikan aku dengan tujuh bekas air

TEKS BAHASA ARAB

إذا أنا مت فاغسلوني بسبع قرب من بئري بئر غرس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika aku meninggal dunia kelak, mandikan aku dengan tujuh bekas air dari telagaku, iaitu telaga Ghars (sebuah telaga di Madinah).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1038, hadis nombor 5312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أنا مت فاغسلوني بسبع قرب من بئري بئر غرس. [ه، الضعيفة (1237)]

(Lemah) Daripada ‘Ali RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW mewasiatkan : Jika aku meninggal dunia kelak, mandikan aku dengan tujuh bekas air dari telagaku, iaitu telaga Ghars (sebuah telaga di Madinah). [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1237]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs