Kelak ilmu itu akan mula diangkat (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)

TEKS BAHASA ARAB

يوشك العلم أن يرفع (يرددها ثلاثا). قال زياد بن لبيد: بأبي أنت وأمي كيف يرفع العلم منا وهذا كتاب الله بين أظهرنا قد قرأناه، ويقرؤه أبناؤنا. ويقرئونه أبناءهم؟! فقال: ثكلتك أمك يا زياد بن لبيد! إن كنت لأعدك من فقهاء أهل المدينة، أوليس هؤلاء اليهود والنصارى عندهم التوراة والإنجيل، فماذا أغنى عنهم؟ إن الله ليس يذهب بالعلم يرفع، ولكن يذهب بحملته. قال: ما قبض الله عالما من هذه الأمة، إلا كان ثغرة في الإسلام لا تسد بمثله إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelak ilmu itu akan mula diangkat (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali). Lalu Ziyad bin Labid bertanya: Demi bapaku dan ibuku, engkau (wahai Rasul), bagaimanakah diangkatnya ilmu itu daripada kita sedangkan kitab Allah ini masih ada dengan kita, bahkan kita membacanya, begitu juga anak keturunan kita membacanya termasuk anak cucu mereka yang akan sentiasa membacanya kelak?! Baginda bersabda: Alangkah malangnya ibumu wahai Ziyad bin Labid! Namun demikian, aku menganggapmu sebagai salah seorang fuqaha’ penduduk Madinah, bukankah orang-orang Yahudi dan Nasrani di sisi mereka ada Taurat dan Injil, apakah ia memadai buat mereka? Sesungguhnya Allah SWT tidaklah ilmu itu diangkat dengan ia dibawa pergi, akan tetapi Dia membawa pergi para pembawa ilmu itu. Sabda Baginda lagi: Tidaklah Allah SWT mematikan seorang alim dalam kalangan sesebuah umat itu melainkan hal tersebut menjadi satu lompong buat Islam yang tidak ada yang boleh mengisi (kelompongan itu) sama sepertinya lagi hingga ke hari kiamat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1294 – 1295, hadis nombor 6623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي شجرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يوشك العلم أن يرفع (يرددها ثلاثا). قال زياد بن لبيد: بأبي أنت وأمي كيف يرفع العلم منا وهذا كتاب الله بين أظهرنا قد قرأناه، ويقرؤه أبناؤنا. ويقرئونه أبناءهم؟! فقال: ثكلتك أمك يا زياد بن لبيد! إن كنت لأعدك من فقهاء أهل المدينة، أوليس هؤلاء اليهود والنصارى عندهم التوراة والإنجيل، فماذا أغنى عنهم؟ إن الله ليس يذهب بالعلم يرفع، ولكن يذهب بحملته. قال: ما قبض الله عالما من هذه الأمة، إلا كان ثغرة في الإسلام لا تسد بمثله إلى يوم القيامة.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6416)].

(Sangat lemah)
Daripada Abi Shajrah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Kelak ilmu itu akan mula diangkat (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali). Lalu Ziyad bin Labid bertanya: Demi bapaku dan ibuku, engkau (wahai Rasul), bagaimanakah diangkatnya ilmu itu daripada kita sedangkan kitab Allah ini masih ada dengan kita, bahkan kita membacanya, begitu juga anak keturunan kita membacanya termasuk anak cucu mereka yang akan sentiasa membacanya kelak?! Baginda bersabda: Alangkah malangnya ibumu wahai Ziyad bin Labid! Namun demikian, aku menganggapmu sebagai salah seorang fuqaha’ penduduk Madinah, bukankah orang-orang Yahudi dan Nasrani di sisi mereka ada Taurat dan Injil, apakah ia memadai buat mereka? Sesungguhnya Allah SWT tidaklah ilmu itu diangkat dengan ia dibawa pergi, akan tetapi Dia membawa pergi para pembawa ilmu itu. Sabda Baginda lagi: Tidaklah Allah SWT mematikan seorang alim dalam kalangan sesebuah umat itu melainkan hal tersebut menjadi satu lompong buat Islam yang tidak ada yang boleh mengisi (kelompongan itu) sama sepertinya lagi hingga ke hari kiamat.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6416].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs