Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّكُمْ فِي زَمَانٍ أُلْهَمْتُمْ فِيهِ الْعَمَلَ، وَسَيَأْتِي قَوْمٌ يُلْهِمُونَ الْجَدَلَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kalian berada di zaman diilhamkan buatmu amalan, kelak akan datang satu kaum yang sering diilhamkan perdebatan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1305, hadis no. 6668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) إنكم فى زمان ألهمتم فيه العمل، وسيأتي قوم يلهمون الجدل. [((الضعيفة)) (420)].
(Tidak ada asalnya) Sesungguhnya kalian berada di zaman diilhamkan buatmu amalan, kelak akan datang satu kaum yang sering diilhamkan perdebatan. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 420].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman