Kekurangan agama dan cetek pemikiran tidak banyak didapati pada lelaki berbanding wanita

TEKS BAHASA ARAB

ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمرهم من النساء قالوا: وما نقص دينهن ورأيهن؟ قال أما نقص رأيهن فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل وأما نقص دينهن فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kekurangan agama dan cetek pemikiran tidak banyak didapati pada lelaki berbanding wanita. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan cetek pemikiran mereka? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Yang dimaksudkan dengan ceteknya pemikiran mereka apabila ditetapkan bahawa penyaksian dua orang wanita bersamaan seorang lelaki. Manakala, yang dimaksudkan dengan kurangnya agama mereka adalah salah seorang mereka tidak melakukan apa-apa daripada waktu pagi sehingga malam menurut kehendak Allah. Dia tidak melakukan apa-apa ibadah kepada Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 899, hadis nombor 4607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمرهم من النساء، قالوا وما نقص دينهن ورأيهن؟ قال: أما نقص رأيهن فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة. [ك, الضعيفة (6160)]

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kekurangan agama dan cetek pemikiran tidak banyak didapati pada lelaki berbanding wanita. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan cetek pemikiran mereka? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Yang dimaksudkan dengan ceteknya pemikiran mereka apabila ditetapkan bahawa penyaksian dua orang wanita bersamaan seorang lelaki. Manakala, yang dimaksudkan dengan kurangnya agama mereka adalah salah seorang mereka tidak melakukan apa-apa daripada waktu pagi sehingga malam menurut kehendak Allah. Dia tidak melakukan apa-apa ibadah kepada Allah. [Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak, Al-Dha’ifah, no 6160].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs