Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمرهم من النساء قالوا: وما نقص دينهن ورأيهن؟ قال أما نقص رأيهن فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل وأما نقص دينهن فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة.
Teks Bahasa Melayu
Kekurangan agama dan cetek pemikiran tidak banyak didapati pada lelaki berbanding wanita. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan cetek pemikiran mereka? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Yang dimaksudkan dengan ceteknya pemikiran mereka apabila ditetapkan bahawa penyaksian dua orang wanita bersamaan seorang lelaki. Manakala, yang dimaksudkan dengan kurangnya agama mereka adalah salah seorang mereka tidak melakukan apa-apa daripada waktu pagi sehingga malam menurut kehendak Allah. Dia tidak melakukan apa-apa ibadah kepada Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 899, hadis no. 4607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمرهم من النساء، قالوا وما نقص دينهن ورأيهن؟ قال: أما نقص رأيهن فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة. [ك, الضعيفة 6160]
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Abdullah Bin Mas'ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kekurangan agama dan cetek pemikiran tidak banyak didapati pada lelaki berbanding wanita. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan cetek pemikiran mereka? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Yang dimaksudkan dengan ceteknya pemikiran mereka apabila ditetapkan bahawa penyaksian dua orang wanita bersamaan seorang lelaki. Manakala, yang dimaksudkan dengan kurangnya agama mereka adalah salah seorang mereka tidak melakukan apa-apa daripada waktu pagi sehingga malam menurut kehendak Allah. Dia tidak melakukan apa-apa ibadah kepada Allah. [Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak, Al-Dha’ifah, no 6160].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman