TEKS BAHASA ARAB
الحدة لا تكون إلا في صالحي أمتي وأبرارها ثم تفيء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kekuatan tidak dimiliki melainkan pada orang-orang salih dan baik daripada kalangan umatku, kemudian ia pergi (menghilang).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 14, hadis nombor 10. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الحدة لا تكون إلا في صالحي أمتي وأبرارها ثم تفيء)).
[ابن بشران، ((الضعيفة)) (28)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kekuatan tidak dimiliki melainkan pada orang-orang salih dan baik daripada kalangan umatku, kemudian ia pergi (menghilang).
[Riwayat Ibn Bisyran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.28]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.