Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحِدَّةُ لا تكونُ إلا في صالِحِي أُمَّتي وأبرارِها، ثم تَفِيءُ.
Teks Bahasa Melayu
Kekuatan tidak dimiliki melainkan pada orang-orang salih dan baik daripada kalangan umatku, kemudian ia pergi (menghilang).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 14, hadis no. 10. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الحدة لا تكون إلا في صالحي أمتي وأبرارها ثم تفيء)). [ابن بشران، ((الضعيفة)) (28)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kekuatan tidak dimiliki melainkan pada orang-orang salih dan baik daripada kalangan umatku, kemudian ia pergi (menghilang). [Riwayat Ibn Bisyran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.28]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman