Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحِدَّةُ تَعْتَرِي حملةَ القرآنِ ، لعِزَّةِ القرآنِ في أجوافِهِم.
Teks Bahasa Melayu
Kekuatan akan menguasai para penghafal al-Quran disebabkan kemuliaan al-Quran yang terdapat di dalam diri mereka.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 14, hadis no. 8. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الحدة تعتري حملة القرآن، لعزة القرآن في أجوافهم)). [عد، ((الضعيفة)) (27)]
(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kekuatan akan menguasai para penghafal al-Quran disebabkan kemuliaan al-Quran yang terdapat di dalam diri mereka. [Riwayat Ibn ‘Adi dalamal-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.27]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman