Kekuatan akan dimiliki oleh golongan terbaik daripada kalangan umat Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

الحدة تعتري خيار أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kekuatan akan dimiliki oleh golongan terbaik daripada kalangan umatku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 14, hadis nombor 9. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الحدة تعتري خيار أمتي)).
[طب، عد، المخلص في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (26)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kekuatan akan dimiliki oleh golongan terbaik daripada kalangan umatku.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam Al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Mukhallis dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.26]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs