Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحدَّةُ تعتري خيارَ أمَّتي.
Teks Bahasa Melayu
Kekuatan akan dimiliki oleh golongan terbaik daripada kalangan umatku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 14, hadis no. 9. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الحدة تعتري خيار أمتي)). [طب، عد، المخلص في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (26)]
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kekuatan akan dimiliki oleh golongan terbaik daripada kalangan umatku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam Al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Mukhallis dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.26]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman