Kekuasaan Allah SWT tidak mampu diatasi oleh seluruh makhluk yang bersatu

TEKS BAHASA ARAB

لو أن الإنس والجن والشياطين [والملائكة] منذ يوم خلقوا إلى يوم فنائهم [قاموا] صفا واحدا؛ ما أحاطوا بالله – عز وجل – أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah manusia, jin, syaitan (dan malaikat) daripada hari mereka diciptakan sehingga hari kematian mereka, (berdiri) dalam satu saf yang sama, sungguh mereka tidak akan dapat mengatasi (kekuasaan) Allah Azzawajalla sama sekali.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 549, hadis nombor 2868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – في قوله – عز وجل -: {لا تدركه الأبصار وذرها بصره}، قال: ((لو أن الإنس والجن والشياطين [والملائكة] منذ يوم خلقوا إلى يوم فنائهم [قاموا] صفا واحدا؛ ما أحاطوا بالله – عز وجل – أبدا)). [عق، عد، فر، ((الضعيفة)) (6074)]

(Munkar)
Daripada Abu Said al-Khudri RA dalam firman Azzawajalla: {Dia (Allah SWT) tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata.} Rasulullah SAW bersabda: Kalaulah manusia, jin, syaitan (dan malaikat) daripada hari mereka diciptakan sehingga hari kematian mereka, (berdiri) dalam satu saf yang sama, sungguh mereka tidak akan dapat mengatasi (kekuasaan) Allah Azzawajalla sama sekali.
[Riwayat al-'Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no.6074]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs