TEKS BAHASA ARAB
الغنى الإياس مما في أيدي الناس، ومن مشى منكم إلى طمع؛ فليمش رويداً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kekayaan ialah berasa putus asa daripada apa yang ada dalam tangan manusia. Dan barang siapa dalam kalangan kamu yang berjalan kepada satu ketamakan, maka berjalanlah perlahan-lahan.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis nombor 10116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه -، قال: قلنا – أو قيل -: يا رسول الله ما الغنى؟ قال: الغنى الإياس مما في أيدي الناس، ومن مشى منكم إلى طمع؛ فليمش رويداً.
[تمام، ((الضعيفة)) (3971)]
(Sangat lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Kami berkata – atau dikatakan: – Wahai Rasulullah, apakah itu kekayaan? Baginda menjawab: Kekayaan adalah berasa putus asa daripada apa yang ada dalam tangan manusia. Dan barang siapa dalam kalangan kamu yang berjalan kepada satu ketamakan, maka berjalanlah perlahan-lahan.
[Riwayat Tamam al-Razi dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3971]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.