Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kekayaan ialah berasa putus asa daripada apa yang ada dalam tangan manusia

Teks Bahasa Arab

الغنى الإياسُ مما في أيدي الناسِ، ومن مشى منكم إلى طمعٍ؛ فليمشِ رُويدًا.

Teks Bahasa Melayu

Kekayaan ialah berasa putus asa daripada apa yang ada dalam tangan manusia. Dan Sesiapa dalam kalangan kamu yang berjalan kepada satu ketamakan, maka berjalanlah perlahan-lahan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis no. 10116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه -، قال: قلنا - أو قيل -: يا رسول الله ما الغنى؟ قال: الغنى الإياس مما في أيدي الناس، ومن مشى منكم إلى طمع؛ فليمش رويداً. [تمام، ((الضعيفة)) (3971)]

(Sangat lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Kami berkata – atau dikatakan: – Wahai Rasulullah, apakah itu kekayaan? Baginda menjawab: Kekayaan adalah berasa putus asa daripada apa yang ada dalam tangan manusia. Dan Sesiapa dalam kalangan kamu yang berjalan kepada satu ketamakan, maka berjalanlah perlahan-lahan. [Riwayat Tamam al-Razi dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3971]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.